Monday, February 06, 2012

Oreo Cheese Cake

Assalamualaikum semua :)


Saya ada satu resepi yg saya nak share dgn korang korang kt luar sana seperti yg tertera di atas. Resepi ni saya dapat drpd kawan saya, Syahirah Fouzi. Kek ni senang je nak buat plus bahan bahan yang diperlukan pun senang untuk didapati.


Bahan bahan yang Diperlukan :


250gm biskut oreo yg telah dikisar
250gm cream cheese
2 biji telur
4 sudu gula
2 sudu mentega yg telah dicairkan
1 sudu teh esen vanilla


Cara cara :


1. Gaulkan oreo yg telah dikisar dengan mentega hingga sebati
2. Tekan dan padatkan pada loyang. But dont forget, loyang tu kena lapik dgn kertas minyak. Kemudian, sejukkan kat dalam peti ais.
3. Campurkan cream cheese dan gula. Pukul hingga kembang.
4. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Pukul perlahan lahan.
5. Masukkan lagi 1/4 oreo dalam bahan yg tlh dipukul. Oreo tu just tabur je atau gaul sekali sahaja. Then, terus letakkan dlm loyang atas biskut yg tlh ditekan td.
6. Bakar dlm oven selama 25 minit dgn suhu 170 degree Celsius. Sejukkan sblum dikeluarkan dari loyang.




Okay, so saya dah pun  try buat. Sedap la jugak, tapi biasa lah first try, ada gak kekurangannya. Lepas ni nak buat untuk kali kedua pulak XD Nak tgk tak kek yg sy buat tu?
Nahh ni dia,













Actually, warna kek ni bukanlah mcm ni, sebab sy tersalah step ckt, tu yg jadi mcm tu. Takpe, nanti bila dah buat yg kedua punya saya upload gmbr yg sebenarnya kay ;)




with love, imanina

No comments:

Post a Comment