Friday, February 03, 2012

Let's Read Al-Kahfi

Salam and hai to everyone. 


Hari ini saya ingin mengajak semua umat Islam untuk kita sama sama membaca surah Al-Kahfi. Surah ni boleh dibaca pada malam Jumaat atau pun pada hari Jumaat.
FYI, kalau kita baca surah ni bermakna kita mengamalkan sunnah Rasulullah, bila kita amalkan sunnah Rasulullah insyaAllah kita semua akan mendapat pahala. Surah Al-Kahfi ni ada 11 pages so tak bermakna lah korang nak kena habiskan kesemua pages in one time, korang bahagi2 kan la mengikut kemampuan masing2 kay.


So, kat sini saya nak tunjukkan beberapa Hadith yang menceritakan tentang kelebihan membaca surah Al-Kahfi.










"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat maka terpancarlah cahaya di antaranya dan baitullah". (HR Al-baihaqi)


Diriwayatkan oleh Abu Darda’ bahawa Rasulallah SAW bersabda yang 
bermaksud : Barangsiapa yang menghafal 10 ayat permulaan surah al-Kahfi, maka dia dilindungi dari Dajjal (fitnah dan tipu dayanya)”.

Diriwayatkan pula oleh Imam Ahamd dari Mu’az bin Anas dari ayahnya yang mendengar Rasulallah SAW bersabda yang bermaksud :
“Barangsiapa yang membaca permulaan surah al-Kahfi dan penutupnya, maka itu merupakan cahaya baginya dari hujung tapak kakinya hingga puncak kepalanya dan barangsiapa membaca seluruhnya (surah al-Kahfi) ia akan merupakan cahaya baginya yang terpancar antara langit dan bumi.”


Diriwayatkan pula oleh Imam Ahmad dengan sanad yang lain dari Abu Darda’ bahawa Rasulallah SAW bersabda yang bermaksud :“Barangsiapa yang membaca 10 ayat terakhir dari surah al-Kahfi, maka itu merupakan perlindungan baginya dari fitnah Dajjal”.
Daripada al-Hakim dari Abi Sa’id bahawa Rasulallah SAW bersabda yang bermaksud : “Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, akan bersinar cahaya baginya selama 2 Jumaat"
Semoga apa yang saya ceritakan di atas menjadi catalyst untuk kita sama sama meningkatkan amal soleh kita. Sampai di sini sahaja yg dapat saya kongsikan pada hari ini, semoga ianya menjadi peringatan buat diri saya dan juga semua umat Islam yang berada di luar sana.









No comments:

Post a Comment