Thursday, December 13, 2012

Come back :)

Assalamulaikum :) Hai semua. Setelah sekian lama menyepi, akhirnya saya kembali semula. Apa khabar semua? Semoga semuanya sihat2 belaka. Saya ingin memohon maaf atas 'penyepian' saya selama ni. InsyaAllah lepas ni saya akan cuba untuk sentiasa update blog ni. Doa2 kan lah saya ye agar dapat sentiasa istiqamah untuk terus mengupdate blog ni. Wallahu'alam. Sekian sahaja dari saya. Wslm :)

Friday, February 24, 2012

21022012

Assalamualaikum semua. Tgk tarikh kat atas tu. Apa maksud tarikh tu dlm hidup aku eh? Hari tu merupakan hari yg bersejarah dlm hidup aku. Buat pertama kalinya dalam hidup aku, aku kehilangan insan yg tersayang iaitu atuk aku @ Tok Wan. Yang menyedihkan aku adalah aku tak dapat jumpa dia buat kali terakhir. Kali terakhir jumpa pun masa Hari Raya tahun lepas, kali terakhir cakap ngn Arwah pun sebulan yang lepas. Aku sedih sangat sangat, aku rapat gak ngn Arwah.


Okay, time petang tu ayah aku baru dapat berita daripada pak cik aku yang atuk aku dah nazak. So, kitorang semua terus siap siap then gerak pergi Shah Alam amik 2 orang adik aku kt asrama. Dah selesai amik diorang kitorang pun teruskan lah perjalanan kitorang, tiba2 time kitorang berhenti kat R&R Sg Buloh pak cik aku call bgtau atuk aku dah meninggal. Aku terus mesej kawan2 aku mintak dioeang doakan aku supaya kuat dan tabah hadapi semua ujian ni. Alhamdulillah berkat sokongan drpd kawan kawan, aku kuat jugak hadapi semua ni.
*Thanks korang sebab selalu ada di samping aku and bagi aku semangat. Aku sayang korang semuaa!!


Mungkin ni ujian yang Allah nak bagi kat aku sebagai tanda Dia cintakan hambaNya. 
Ni mesej yang kawan aku, Dayah bagi kat aku :

"Apabila Dia mencintai seseorang hambaNya, Dia akan mengkhabarkan kepada sang 
Jibrail : Wahai Jibrail, sesungguhnya Aku mencintai hamba ini. Maka timpakanlah ujian kpdnya kerana Aku rindu  untuk mendengar rintihannya. Lalu Jibrail mengkhabarkan kpd sekalian alam, lalu segala makhluk di langit dan bumi mendoakan kebaikan untuk hamba itu. " 


Bersangka baiklah dengan ujian yang menimpa kita :) kerana mungkin di sebalik ujian itu Allah ingin menguji tahap keimanan kita sebagai seorang hamba. 
Wallahu'alam :)


Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Marilah kita sama sama berlumba  lumba untuk melakukan kebaikan kerana  di dunia ini lah merupakan ladang akhirat, di mana kita perlu mengumpul sebanyak mungkin bekalan untuk dibawa pulang ke akhirat kelak. Wallahu'alam :)