Monday, February 06, 2012

Bread Pudding

Assalamualaikum,


Hari ni saya nak share pulak satu lagi resepi iaitu Bread Pudding, ni pun atas permintaan kawan saya ni, Munirah. *Hhahaha, dah macam chef lah pulak aku ni.  Tiba tiba je dapat mesej dari dia, dia ckp nk resepi Bread Pudding. So saya decide nak bagi kt dia via blog ni lah, senang sikit. Nanti bukan dia je yg dapat, korang pun dapat jugak kannn.


Bahan bahan yang Diperlukan :


BAHAN A
8 hingga 10 keping roti
Kismis 
1 tin nenas yang dikisar


BAHAN B
6 biji telur
1 tin susu cair
Esen vanilla
1 cawan gula pasir


BAHAN BAHAN LAIN
Kepingan badam 
Butter


Cara cara :


1. First sekali, korang kena susun bahan A macam gmbr yg ada kt bawah ni.




 2. Then, korg campurkan bahan B lepas tu tuangkan kt atas bahan A. Kemudian korang boleh la letakkan butter dan kepingan badam kat atasnya. Butter tu just letak letak mcm tu je kay.
3. Bakar dalam oven dengan suhu 180 degree Celcius selama 50 minit.






Nanti dah siap, korang boleh lah makan dengan ice cream, mix fruit atau cream custard. Sedap kann? Ha, cara nk buat cream custard tu pulak, korang just campurkan susu cair dengan custard je. Mudah kan? So apa  lagi, lepas dah baca ni, terus lah buat tau :)

Just for display only :)

Gambar gambar di atas hanya lah hiasan semata mata kay.


*Siapa siapa yang tak faham boleh lah inbox saya kat Fb tau.


with love, Imanina

No comments:

Post a Comment